bagi aku, kalo aku nk kawen pon, aku nak pastikan aku dah keje, gaji aku dah stabil & aku ley support adik2 aku..yela kalo bukan aku yang support depa sapa lagi btoi x? pastuh aku nak beli keta sndri & mgkin beli rumah yang ibu nak..kalo boleh aku nak independent..aku xnak bergantung pada sapa2 pon..mcm ckap bapa.." jangan kita bergantung atau meletakkan haraan yang terlalu tinggi kat orang kerna saat kita kecewa, depa xkan peduli sebab kita xspenting mana pon..," so pada aku ayat nih memang ada benar nya..
bukan la aku nih mendabik dada atau terlalu kejam, tp aku melihat sekelilingku..aku mengambil pengajaran atas kesilapan yang orang lain lakukan..seorang lelaki yang kita cintai, ye memang yang paling sempurna di mata & hati kita..aku xnafikan, kerna aku penah merasai perkara yang sama..aku penah sayangi seseorang sepenuh hati tapi lama kelamaan cinta & kasih sayang itu makin pudar dimamah masa..tatkala aku tersedar aku dah terlalu jauh didepan sedangkan dia masih dibelakang, menghabiskan masa..masa yang kini telah memamah cinta yang penah hadir di hati suatu ketika dahulu..mungkin disini aku yang bersalah kerna aku xmenjaga 'sinar magis' cinta di hatiku hingga ia pudar begitu sahaja tapi lihat la dunia sekarang..bercinta biarlah lama mana pon tapi bila kawen xsampai setahun dah cerai..kerana apa? kerana waktu tuh la kita mulai nampak apa yang selama nih kita buta..kita buta dalam menilai hati seorang lelaki mahupun seorang perempuan..kita terlalu asyik dibuai lamunan cinta hingga lukanya kaki dirasakan manis sekali..
sapa boleh sangkal yang perempuan lebih banyak daripada lelaki..& purata seorang lelaki bersamaan 4 orang perempuan..zaman nih pon dah banyak poligami bayangkan la zaman akan datang..bape bini & bape perempuan simpanan betui x? * kalo xsetuju, xkisah la..tu pdapat aku..so bagi aku, aku xnak berharap yang 'suami' aku nanti begitu setia, seperti setia nya Romeo pada Juliet atau Majnun pada Laila..kita patut sedar apa kelemahan kita..jangan kita nak salahkan orang lain..* juga mustahil tuk dapatkan seorang suami yang begitu setia pada isterinya seperti bapa..yang sayangkan isterinya tanpa mengambil kira kecantikan..
Aku xmahu andai nya suatu ketika 'cinta' aku itu mula mengorak langkah, aku akan terkapai-kapai, aku tengelam, tengelam dalam dunia ciptaan aku sendiri..kemusnahan yang aku sendiri bina..aku ingin terus berdiri biar apa pun terjadi..biar hati tertusuk pedih, tapi untuk ku merayu apa orang tidak sesekali..andai dia ingin pergi biarkan je la..andai dia kembali, dia memang milikku tp andai dia xkembali, dia adalah milik orang lain yang telah ditentukan untuk nya..
Mungkin juga kerna ini, aku berbeza dengan kawan2ku..pemikiran aku memisahkan aku dengan sume 'cinta' yang pernah hadir..menyesal? tidak perlu rasa nya, kerna tidak perlu kita menyesali perkara yang sudah kita putuskan..namun sesekali tuk kita toleh belakang, mengimbas masa lalu tak salah bagiku..lama kelamaan yang pedih itu akan menjadi kenangan manis yang sentiasa kita kenang..cinta itu anugerah Tuhan & tiada sebab bagiku untuk membenci sebuah 'hadiah' dari Tuhan hanya kerana tempoh ku rasakan 'hadiah' itu sekejab cuma..hidup nih tidak penah berada ditangan kita habis kenapa kita nk buang masa menyesali benda yang tak mungkin berada di telapak tangan kita?
![]() |
| cinta yang suci, tak akan penah pupus ditelan masa.. tidak akan hanyut dibuai gelora asmara.. am I right? |
misz aida : sedap nye makan tomyam ayam..ujan2 nih terasa sedap btoi tomyam tuh.





0 comments:
Post a Comment